Tuesday

Monday

KRC PERKASA!!!

Team KRC PERKASA sedang giat menjalani latihan fasa terakhir dan membuat penambahbaikkan terakhir pada robot PERKASA!

Thursday


Kelab Robot Ciast akan diwakili oleh satu pasukan yang diberi nama KRC PERKASA di pertandingan Robogamez di UNITEN. KRC PERKASA dianggotai oleh 3 orang pelajar Ciast (ahli KRC) iaitu Halim, Hariz dan Marzuki. "Kami sudah cukup bersedia untuk mengganas di Robogamez nanti, apa-apa hal pun kami akan terus berlatih dengan lebih mantap lagi!". Hariz berkata demikian semasa ditanya mengenai persediaan KRC dalam menghadapi pertandingan Robogamez yang akan berlangsung dalam masa terdekat ini. Manakala Halim selaku ketua kumpulan KRC PERKASA pula menyatakan "raya tahun ni tak akan membawa makna jika kami kalah semasa pertandingan nanti, doakan kejayaan kami semua, saya teringin nak ke U.K hahaha...". begitulah semangat yang ditunjukkan oleh ahli kumpulan ini. Diharapkan kejayaan akan dapat digenggam oleh mereka di pertandingan Robogamez kelak. Selamat Maju Jaya dari Kelab Robot Ciast.

Tuesday

KRC sertai Robogamez 2009 di Uniten..

Kelab Robot Ciast akan menyertai pertandingan Robogamez2009 di Uniten pada 1 hingga 4 Oktober 2009. Krc akan bertanding di bawah kategori terbuka (Local & Overseas) - Advances Combat! Selamat berjuang kepada ahli KRC dan tenaga pengajar yang terlibat.

Sunday

ROBIC @ FesSTiS 2009



Tuesday

Saturday

CiPERO bertemu Pak Lah..


Thursday

KRC dan Roboteam ?






Kelab Robot Ciast adalah terbuka kepada semua pelajar Ciast iaitu pelajar DPV dan DLPV. Kelab ini terbuka kepada mereka yang ingin menambah pengetahuan dan kemahiran dalam bidang robotik, mekanikal, elektronik dan pengaturcaraan. Kelas-kelas pembelajaran diadakan dari masa ke semasa. Pasukan Roboteam pula adalah kumpulan yang terdiri dari beberapa ahli KRC yang mempunyai komitmen dalam membangunkan, menyiapkan dan mewakili sebuah pasukan yang akan mewakili Ciast dalam pertandingan Robocon. Kumpulan ini bertanggungjawab sepenuhnya dalam membuat mekanikal robot, membuat litar kawalan serta mengaturcara robot-robot yang akan dibawa ke Robocon. Kumpulan ini juga akan menjalani latihan dari masa ke semasa mengikut jadual yang ditetapkan.

Tuesday

Pencapaian KRC

Berikut adalah antara pencapaian KRC selama ditubuhkan

2002 : Tempat ketiga (Robocon Malaysia)
2002 : Tempat kedua (Robofest-Dancing Robot)
2003 : Tempat ketiga (Robofest-RoboClimb)
2003 : Tempat pertama (Pertandingan Kreativiti ILJTM) Automasi
2006 : Tempat pertama & ketiga (Robocon ILJTM)

2006 : Tempat kedua (Pertandingan Kreativiti ILJTM) E & E
2007 : Tempat pertama (Pertandingan Kreativiti ILJTM) CiPERO
2007 : Tempat pertama (Robocon ILJTM)
2008 : Tempat pertama & ketiga (Robocon ILJTM)
2008 : Idea Terbaik (Robocon Malaysia)