Thursday

KRC dan Roboteam ?






Kelab Robot Ciast adalah terbuka kepada semua pelajar Ciast iaitu pelajar DPV dan DLPV. Kelab ini terbuka kepada mereka yang ingin menambah pengetahuan dan kemahiran dalam bidang robotik, mekanikal, elektronik dan pengaturcaraan. Kelas-kelas pembelajaran diadakan dari masa ke semasa. Pasukan Roboteam pula adalah kumpulan yang terdiri dari beberapa ahli KRC yang mempunyai komitmen dalam membangunkan, menyiapkan dan mewakili sebuah pasukan yang akan mewakili Ciast dalam pertandingan Robocon. Kumpulan ini bertanggungjawab sepenuhnya dalam membuat mekanikal robot, membuat litar kawalan serta mengaturcara robot-robot yang akan dibawa ke Robocon. Kumpulan ini juga akan menjalani latihan dari masa ke semasa mengikut jadual yang ditetapkan.