Thursday


Kelab Robot Ciast akan diwakili oleh satu pasukan yang diberi nama KRC PERKASA di pertandingan Robogamez di UNITEN. KRC PERKASA dianggotai oleh 3 orang pelajar Ciast (ahli KRC) iaitu Halim, Hariz dan Marzuki. "Kami sudah cukup bersedia untuk mengganas di Robogamez nanti, apa-apa hal pun kami akan terus berlatih dengan lebih mantap lagi!". Hariz berkata demikian semasa ditanya mengenai persediaan KRC dalam menghadapi pertandingan Robogamez yang akan berlangsung dalam masa terdekat ini. Manakala Halim selaku ketua kumpulan KRC PERKASA pula menyatakan "raya tahun ni tak akan membawa makna jika kami kalah semasa pertandingan nanti, doakan kejayaan kami semua, saya teringin nak ke U.K hahaha...". begitulah semangat yang ditunjukkan oleh ahli kumpulan ini. Diharapkan kejayaan akan dapat digenggam oleh mereka di pertandingan Robogamez kelak. Selamat Maju Jaya dari Kelab Robot Ciast.